Soalan Lazim

1.     Bagaimana untuk menjadi ahli dan berapakah yuran keahlian yang dikenakan?
  • Secara dasarnya individu yang berdaftar dengan syarikat ini tidak dinamakan sebagai ahli. Mereka bertindak sebagai pengedar untuk produk CWC. Oleh itu CWC tidak mengenakan sebarang yuran untuk menjadi pengedar. Kelayakan untuk menjadi pengedar adalah HANYA dengan melakukan pembelian 1 (satu) set produk CWC pada harga yang telah ditetapkan. 



2.     Di manakah saya boleh mendapatkan produk syarikat ini?
  •  Produk-produk CWC boleh didapati daripada pengedar ataupun stokis CWC yang sah.



3.     Dengan siapakah saya perlu berhubung untuk mendapat   maklumat tentang syarikat dan produk?
  •  Anda boleh mendapatkan segala maklumat tentang syarikat, produk dan maklumat yang berkaitan dengan menghubungi syarikat samaada melalui panggilan telefon, fax, ataupun email. Segala pertanyaan anda akan dilayani dan dijawab oleh staf berkenaan.



4.     Adakah syarikat ini berdaftar dengan SSM?
  •  Syarikat ini diperbadankan atas nama CLASSIC WORLDWIDE CORPORATION (M) SDN. BHD, dengan nombor pendaftaran 773082-M di Kuala Lumpur



5.     Dimanakah syarikat ini beroperasi?
  •  Syarikat ini beroperasi di alamat No.210, Aras 1, Jalan Lagenda 8, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.




6.    Bilakah syarikat ini ditubuhkan?
  • Syarikat ini ditubuhkan pada 14 May 2007.




7.     Adakah syarikat ini merupakan gabungan atau anak syarikat kepada mana- mana syarikat?
  • Syarikat ini merupakan syarikat sendirian berhad dan TIDAK mempunyai sebarang kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana syarikat lain yang sedang atau telah beroperasi di Malaysia. Syarikat ini juga TIDAK pernah bergabung atau menjadi anak syarikat mana-mana syarikat lain yang akan, sedang atau telah beroperasi di Malaysia. 




8.     Apakah aktiviti perniagaan utama syarikat ini?
  • Aktiviti perniagaan utama CWC adalah memasarkan produk- produk penjagaan diri dan juga makanan kesihatan dibawah jenama CLASSIC WORLDWIDE INTERNATIONAL GROUP yang dikeluarkan oleh CLASSIC WORLDWIDE RESOURCES (M) SDN. BHD (CWR).




9.   Siapakah CLASSIC WORLDWIDE RESOURCES (M) SDN.BHD dan apakah kaitan syarikat ini dengan CWC?
  • CLASSIC WORLDWIDE RESOURCES (M) SDN.BHD adalah syarikat bersekutu CWC yang berfungsi sebagai pengilang dan pengeluar produk-produk yang dipasarkan oleh CWC. CWC dan CWR ditubuhkan dan dibawah lembaga pengarah yang sama dan ditadbir oleh pengurusan yang sama. Yang berbeza cuma lokasi dan fungsi yang berlainan.





10.  Apakah produk-produk yang dipasarkan oleh syarikat ini?
  • CWC memasarkan produk- produk penjagaan diri dan juga makanan kesihatan dibawah jenama Kopi Pak Belalang, Classic Royal, Lady 18 dan Time Erazer. Manakala Classic Nutrition Pack (CNP) terdiri daripada Cleansing and Slimming Factor, Booster Factor, Cell Factor dan Trigger Factor.



11.  Adakah Syarikat ini mengilangkan produk ini sendiri? 
  •  CWC tidak mengeluarkan produk-produk ini secara langsung, sebaliknya produk ini dikilangkan oleh syarikat bersekutu CWC iaitu CLASSIC WORLDWIDE RESOURCES (M) SDN.BHD (CWR).
Suasana di dalam kilang CWC




12.  Adakah produk yang dikeluarkan benar- benar berasaskan herba?
  •  Produk makanan kesihatan (CNP) ini berasaskan pati (Ekstrak) buah-buahan, sayuran, bijirin dan herba dari perubatan ayurveda. Secara umumnya produk ini diformulasikan berasaskan sumber semulajadi yang terbukti berkhasiat dan penting untuk kesihatan. Manakala produk penjagaan diri (CL7) didaftarkan dibawah akta farmaseutikal dan kawalan dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia. Dihasil berasaskan bahan aktif semulajadi yang telah diiktiraf seluruh dunia tentang keberkesanannya.


13.  Siapakah yang boleh menggunakan produk ini?
  •   Semua produk ini dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi, oleh itu ianya selamat digunakan oleh semua golongan pengguna. Untuk kesan yang efektif, penggunaan produk ini mestilah mengikut aturan yang telah ditetapkan.


SOALAN BONUS :-



1. Kenapa mudah memperolehi pendapatan tinggi?


Bagi syarikat besar, 8% X 12 bulan = 96% adalah untung yang kecil kerana mereka membuat untung berlipat kali ganda dalam masa beberapa hari sahaja menggunakan modal yang sama. Sama juga bagi MLM. Cuma payout CWC amat lumayan dan adil.


Satu lagi sebab barang ini tidak melalui pemborong dan peruncit. Ianya lebih menguntungkan pengilang dan pengguna dalam masa yang sama. Banyak keuntungan orang tengah telah dipotong.


2. Apa jaminan untuk ahli?


Ada dokumen perjanjian yang dimatikan setem, boleh guna di mahkamah dan sah. Dokumen ini sah untuk setahun akan akan diperbaharui setiap tahun.


Contoh perjanjian ARBA



3. Bagaimana syarikat dapat duit untuk bayar balik modal kita ??


Semua duit dimasukkan ke dalam plan asal company (yang cari orang jual barang )




Contoh :-
Akaun Pasif 7,500 menghasilkan 3 diamond (1 diamond RM 2,500), tapi semua
diamond, ARBA yg ambil alih..ada 13 kaedah nak jana pendapatan tapi saya tunjukkan dua kaedah sahaja..tu pun company dah untung......

Contoh dari mana dapat duit nak bayar ahli;


3 diamond ada 30 unit barang x RM200 seunit = RM 6000

3 acc katakan bonus mingguan RM100 seminggu x 4 minggu
= RM 1200 sebulan x 12 bulan

= RM 14,400.00

+ RM 6,000 jual barang 30 unit
....................
RM 20,400.00 UNTUNG KASAR ARBA
.....................
- RM 10,000.00 (untuk nak bayar pada penghujung tahun)


- RM 7,200.00 ( untung ahli )

....................
RM 3,200.00 untung bersih syarikat utk seorg pemodal..
=========


Kalau seorang RM 3,200 ,kalau 10 orang RM 32,000,kalau 100 orang RM 320,000,kalau 1000 orang RM3.2 Juta.



Ini baru guna 2 kaedah ,syarikat ada 13 kaedah melalui plan konvensional (plan asal MLM) tentang bagaimana jana keuntungan.

KITA TIDAK LABUR DUIT SESUKA HATI DI MANA-MANA MELAINKAN DALAM PLAN CWC SAHAJA. 
Jadi anda bukannya dapat balik modal, tapi keuntungan dijanjikan seperti dalam agreement.



4.Halalkah konsep ARBA ni ?


Halal. Konsep bagi hutang pada company dan tanpa aqad. Satu lagi konsep jualbeli .Aqad saja 1 barang RM1k ,10 barang 10k dan company bagi hibah 12 bulan. Ianya bukan pelaburan tetapi urusan jual-beli biasa sahaja.



5.Kita bayar 10k tapi dapat 10 unit barang sahaja. Macam mahal?


Sebenarnya kalau 10k, untuk 40 unit. Tapi akad ARBA, 10 unit je kita ambil, lagi 30 unit syarikat akan jualkan bagi pihak kita ikut plan asal. Akhir-akhir ini banyak produk kesihatan/kecantikan dijual dengan harga beratus-ratus di pasaran, siap masuk tv1 tv3. Yang tu cuma bos syarikat yang dapat. Kita kempen produk dia tak dapat apa-apa.




6. Nak ambil duit sebelum matang 12 bulan boleh tak?


Boleh. Tapi untuk akaun pasif sahaja. Akaun aktif kekal terima pendapatan sampai bila-bila. Caranya cuma buat sehelai surat sahaja dan tandatangan. 3 hari lagi dapat balik modal anda. Anda dah keluar dari Arba pun tetap dapat bonus pairing selagi nama anda pernah masuk dalam sistem CWC.  Ada MLM lain buat macam ni tak? Sebenarnya kita patut ada 10 hari bekerja cooling off period masuk mana-mana MLM. Tengok balik Garis Panduan Jualan Langsung KPDNKK, syarikat mesti ada buyback option bagi setiap barangnya yang dibeli. Ini Arba ada buat. Tak pernah saya jumpa dalam mana-mana MLM saya pernah join.



7. Ada bonus penajaan ada tak ?


Ada, 2 % sebulan dari akaun pasif dia.Katakan RM 10,000 masuk, akaun pasif akan jadi RM 7,500 .jadi anda dapat 7,500 x 2 % = RM 150 dapat selama setahun (setiap bulan) Wow ! direct masuk bank anda..Dan yang best, CWC bagi 3 bulan sekaligus untuk bonus penajaan yang pertama!!


8. Selain bonus penajaan, bonus apa lagi yang dapat?

Bonus pairing, bonus leadership, bonus KR dan CTO Bonus..CTO bonus layak untuk sesiapa yang join lebih 10k, setiap 3 bulan mesti dapat..jadi masuk dan tunggu bonus masuk jela..mingguan dan bulanan.


9. Sistem ni macam money game je?

Kalau money game, takde option buyback dan modal dapat balik pulak kan sebab guna duit kita masuk untuk bayar orang atas. Setakat ni belum ada aduan sapa-sapa dapat hibah@bonus lambat walau sehari. Cuti raya, hari minggu pun masuk sebab CWC dah buat instruction pada bank untuk setiap ahli. Lagi satu CWC dah renew lesen sampai 2017. Nak renew lesen tu mesti present abis sistem dekat KPDNKK baru dapat renew.

Arba di Karnival Halal 2014




9. Produk macam mana?


Akan dipos dalam masa sebulan, by hand @ by pos bersama agreement..kalau area Utara , boleh pergi di pejabat ambil lagi cepat..anda dapat produk, boleh jual, guna, atau bagi sahaja kepada rakan@saudara..terpulang



10. Berapa lama dah ARBA?


Selepas Raya Haji 2012 kita baru mula program ARBA..syarikat dah mula sejak 2007..



11. Macam mana nk jadi Khalifa Ringgit?


Anda cuma kena pastikan direct line anda total sale RM 300k tiada had masa..tak kira berapa org..nasihat saya,tak nak buat apa2 masuk banyak,if nak aktif, masuk sikit pun ok, banyak pun ok..yg penting,kita di landasan yg betul sekarang..KR ada insentif 1% atas mana-mana yang masuk selagi belum ada KR dibawahnya. KR juga akan diberi bakal ahli untuk difollow up di kawasan masing-masing.


12. Bagaimana sekiranya syarikat dikenakan tindakan oleh Bank Negara?


Mengikut undang-undang di Malaysia, hanya 3 entiti syarikat sahaja yang boleh mengambil deposit tunai orang awam dan membayar bonus atau dividen.

a. Bank dan Takaful serta syarikat kewangan berlesen.

b. Syarikat SSM yang ada lesen SKIM KEPENTINGAN

c. Syarikat yang ada lesen Akta Jualan Langsung dan koperasi yang sah. (Ada syarikat yang menyamar ada lesen ini. Berhati-hati, semak betul-betul di website KPDNKK). Ada proses jual beli barang. Jadi syarikat boleh terima tunai dari pelanggan. Lesen ini juga membolehkan sesebuah syarikat membayar bonus berbilang tingkat/ Multilevel Bonus.

CEO ditemuramah di BizMalaysia TV1 tahun 2014



13. Bagaimana nak menyertai ARBA NETWORK?

Langkah 1: Deposit tunai/ cek ke akaun syarikat Classic Worldwide Corporation (M) Sdn Bhd @ saya mengikut pakej pilihan. Sertakan bukti bayaran melalui (Whatappss, wechat  @ sms)
Sertakan nombor kad pengenalannombor akaun bankno telefonserta alamat lengkap kepada saya.

Langkah 2: Akaun anda akan diaktifkan dalam tempoh 48 jam. Mesej alert akan dihantar oleh syarikat ke telefon bimbit yang didaftarkan.Anda telah berjaya menjadi ahli. Kemaskini maklumat peribadi serta menukar password. Semak kemasukan bonus setiap minggu (hari selasa). Buat pengeluaran jika ada amaun atau mengabaikannya jika anda tidak memerlukan. Bonus anda akan kekal di dalam sistem.




14. Boleh tak join dengan loan?

Sebolehnya mulakan dengan apa yang ada. Tapi kalau anda yakin, tiada masalah dengan personal loan asalkan ianya good loan (boleh bayar balik). Contoh loan 50k, bulanan RM 555. Anda dapat 3k sebulan hibah dengan ARBA. Jadi anda ada lebihan RM 2445 sebulan..macam gaji pegawai dah kan..:)


Kalau yakin, takde masalah..kami ada ahli dari kalangan pegawai Bank


8. Berminat???

Boleh hubungi saya..telefon, watsapp, wechat dan sms je..saya akan reply..inshaAllah






No comments: